Aireen (berdiri, enam dari kiri) selepas sidang media memperkenalkan laluan antarabangsa terbaru Johor Bahru - Hat Yai, di  Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Aireen (berdiri, enam dari kiri) selepas sidang media memperkenalkan laluan antarabangsa terbaru Johor Bahru - Hat Yai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: AirAsia memperkenalkan laluan antarabangsa terbaru Johor Bahru - Hat Yai yang secara rasmi melakukan penerbangan pergi balik sekali sehari, bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, laluan berkenaan disifatkan menarik dan merancakkan lagi hubungan perdagangan, perniagaan, dan pertukaran budaya Johor Bahru-Hat Yai.

Katanya, laluan antarabangsa itu adalah yang keenam beroperasi dari Johor Bahru selepas Bandung, Yogyakarta dan Surabaya Indonesia, Ho Chi Minh Vietnam serta Bangkok Thailand.

"Penerbangan laluan baru ini dikendalikan oleh Thai AirAsia adalah pencapaian yang membanggakan dan syarikat penerbangan Kumpulan AirAsia yang ketiga beroperasi di Johor Bahru," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 3:54 PM