LIM (jaket kelabu) dan Sharifah Aleya menyampaikan hamper kepada peserta bengkel LEXUS DPK.
LIM (jaket kelabu) dan Sharifah Aleya menyampaikan hamper kepada peserta bengkel LEXUS DPK.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Gelak ketawa, jelingan manja dan genggaman halus jari-jemari pastinya menjadi detik istimewa yang dialami ibu sepanjang tempoh membesarkan serta mendidik si kecil.

Ia perkara biasa bagi sesetengah individu, namun aspek normal itulah yang membuatkan setiap momen berupaya mengukuhkan ikatan hubungan antara ibu dan anak.

Atas kesedaran itu, LEXUS membawakan misi untuk menyemarakkan hubungan unik antara ibu dan anak menerusi penganjuran kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK), baru-baru ini.

Mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga adalah cabaran kepada ibu moden lalu kempen ini dianjurkan untuk memperkasakan golongan ibu dengan idea dan kreativiti mengubah rutin harian menjadi aktiviti yang lebih menarik bersama anak mereka.

Menerusi bengkel ‘bento’, salah satu aktiviti dalam kempen ini yang disertai personaliti tempatan, Sharifah Aleya dan anak kembarnya, golongan ibu diberi tunjuk ajar cara menyediakan pek snek dan makanan tengah hari yang mudah serta menyelerakan.

“Di LEXUS, kami percaya waktu berkualiti dihabiskan dengan anak adalah waktu paling bermakna. Jadi kempen Detik Penuh Keceriaan LEXUS ini menekankan aktiviti dalam ruang masa terhad antara ibu dan anak boleh menjadi detik paling berharga berbanding perkara lain di dunia ini,” kata Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd, Imun Lim.

Lim menambah, jenama biskut sandwic itu berusaha memberi inspirasi dalam memperkasakan ibu Malaysia dengan mencipta memori mereka bersama si kecil.

“Ia bukanlah tertumpu kepada perkara besar dan mahal tetapi memori kecil seperti menyediakan bekalan makanan tengah hari atau berkongsi biskut sandwic bersama anak adalah lebih utama serta bermakna.

“LEXUS menghargai momen seperti ini kerana kami percaya kasih sayang yang diperoleh ketika zaman kanak-kanak bakal membentuk peribadi si kecil pada masa hadapan,” tambahnya.

Detik Penuh Keceriaan LEXUS berlangsung selama empat bulan dengan hasrat membantu golongan ibu mencipta memori ceria bersama keluarga.

Bengkel Ceria Bento LEXUS dan Aleya

Untuk memulakan kempen bengkel ‘bento’ terbabit, LEXUS bekerjasama dengan personaliti radio dan hos terkenal Sharifah Aleya, bagi bengkel ‘bento’ pertama kempen

DPK untuk merakamkan momen indah antara ibu dan anak.

Dihidangkan dengan aktiviti pembelajaran dan permainan interaktif, ibu dan kanak-kanak terbabit ditugaskan menyiapkan bekal makanan tengah hari atau ‘bento’ bersama-sama, sebagai usaha merapatkan lagi hubungan dan menjadikannya rutin menarik pada masa hadapan.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif LEXUS untuk membantu memperkasakan golongan ibu di Malaysia.

“Pada saya, apa yang penting bagi ibu ialah kualiti masa yang dihabiskan bersama anak setiap hari.

“Setiap ibu bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada anak mereka. Tetapi perlu diingat kanak-kanak ini membesar dengan cepat dan di situlah perlunya kita sebagai ibu bapa mencipta memori penuh bermakna untuk perkembangan pembesaran mereka,” kata Aleya.

Aleya menambah, laman sesawang dan forum membabitkan ibu bapa menjadi sumber inspirasinya untuk melakukan aktiviti menarik bersama si kecil.

Kini, Aleya teruja untuk berkongsi buku resipi ‘bento’ LEXUS yang boleh didapati secara percuma dengan pembelian biskut LEXUS 456 di kedai terpilih.

Sementara itu, LEXUS tidak ketinggalan ingin memberi ganjaran kepada golo­ngan ibu menerusi pelancaran gerakan #LEXUSDPK, iaitu pertandingan dalam talian yang menawarkan percutian keluarga ke Tanjung Rhu Resort selama tiga hari dua malam.

Golongan ibu digalakkan untuk memuat naik imej atau foto bekalan makanan tengah hari (atau ‘bento’) lalu disertai bungkusan LEXUS dengan menggunakan hashtag #LexusDPK.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/munchys.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 9:57 AM