Gambar yang tersebar kononnya kes culik, tetapi polis menafikannya. FOTO ihsan pembaca
Gambar yang tersebar kononnya kes culik, tetapi polis menafikannya. FOTO ihsan pembaca
Khairul Najib Asarullah Khan


Seremban: Polis menafikan kanak-kanak diculik berdekatan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban seperti yang tersebar di laman sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian yang berlaku pada 9 pagi itu membabitkan masalah keluarga.

"Kejadian disebabkan perebutan anak antara suami isteri. Ia berlaku apabila wanita itu mahu pulang ke kampung halamannya di FELDA Labu, di sini namun dihalang suaminya.

"Justeru , suaminya nekad mengambil anak tirinya itu dan lari ke arah HTJ. Isterinya kemudian meminta bantuan orang ramai sebelum anaknya itu ditemui pengawal keselamatan di hospital berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 9:47 PM