RAJA Zarith Sofiah menadatangani plak perasmian Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
RAJA Zarith Sofiah menadatangani plak perasmian Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohd Sabran Md Sani


Pasir Gudang: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyempurnakan perasminan dan pemasyhuran nama baru Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini, pagi tadi, sebagai Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil.

Pemasyhuran nama terbabit sebagai memperingati kemangkatan anakanda keempat baginda, Almarhum Tunku Laksama Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada Disember tahun lalu.

Keberangkatan Baginda ke politeknik itu pada 10.30 pagi sebagai tanda sokongan memartabatkan institusi pendidikan di negeri ini.

Hadir sama, Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar; isteri Menteri Besar Johor, Datin Seri Rosni Omar; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik,Datuk Mohlis Jaafar dan Timbalan Pengarah Akademik PIS, Abdul Razak Senan.

Pengarah PIS, Rashidah Mustapa berkata, PIS menjunjung kasih atas perkenan Raja Zarith Sofiah mencemar duli berangkat menyempurnakan nama baru bagi dewan berkenaan.

Katanya, dengan kedudukan PIS setaraf Universiti Awam (UA), program ditawarkan juga sesuai dengan kehendak dan keperluan industri.

"Malah pelbagai peluang bagi kerjasama dan kolaborasi dapat dijalinkan antara politeknik dengan syarikat multinasional tempatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 12:57 PM