Syafil Syazwan Jefri

PERKARANGAN Stadium Darul Aman, Alor Setar, 'meledak' apabila tiga ribu pengunjung menyaksikan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's, malam tadi.

Konsert menampilkan penyanyi popular seperti Maya Karin, Dayang Nurfaizah, 6ixth Sense, Indah Ruhaial dan Sandra.

Penyanyi rap Juzzthin turut membuat penampilan bersama Maya menerusi lagu Serik Dengan Cinta.

Pentas konsert dibuka dengan persembahan oleh Indah Ruhaila yang tampil menyampaikan lagu popularnya, Percayalah dan I Will Survive.

Kehangatan konsert diteruskan dengan persembahan Maya Karin bersama bandnya yang membawa lagu Skyfall, Zombie serta Serik Dengan Cinta bersama Juzzthin.

Pentas seterusnya menampilkan penyanyi baru, Sandra yang muncul daripada program realiti Mentor Legend dengan single popularnya, Hey Kau dan Price Tag.

Seterusnya, penonton bersorak apabila menyaksikan band 6ixth Sense mengambil alih pentas dan menyampaikan single terbaru berjudul Selamat Tinggal Cinta serta dua buah lagi popular mereka, 7 Kali Malam Minggu dan Menyesal.

6ixth Sense turut berduet dengan Sandra dalam lagu 7 Kali Malam Minggu.

Kemunculan Dayang Nurfaizah ternyata mendapat tepukan gemuruh ribuan penonton.

Dayang memukau penonton dengan dua lagu popularnya, Tak Pernah Menyerah dan lagu berhantu, Di Pintu Syurga.

Selain persembahan hebat daripada artis popular, penonton juga turut dihiburkan dengan kemunculan watak animasi popular Boboiboy dan Yaya serta acara cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik daripada Yeo's.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2016 @ 11:20 PM
WATAK aminasi adiwira BoboBoy di sesi bergambar bersama peminat sempena Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Mydin, Taman Saga. FOTO Danial Noordin
WATAK aminasi adiwira BoboBoy di sesi bergambar bersama peminat sempena Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Mydin, Taman Saga. FOTO Danial Noordin
ANTARA warga Kedah hadir di persembahan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran Hamid
ANTARA warga Kedah hadir di persembahan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran Hamid
MAYA Karin di konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran Hamid
MAYA Karin di konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran Hamid
WARGA Kedah yang hadir di persembahan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran hamid
WARGA Kedah yang hadir di persembahan konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran hamid
PENYANYI kumpulan 6ixth Sense, Adi menghiburkan penonton di konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran Hamid
PENYANYI kumpulan 6ixth Sense, Adi menghiburkan penonton di konsert mini Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro Bersama Yeo’s yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman. FOTO Amran Hamid