MUHAMMAD Hafis dan Nor Faizah bergambar selepas dinobatkan johan qari dan qariah. FOTO Mohd Fadli Hamzah
MUHAMMAD Hafis dan Nor Faizah bergambar selepas dinobatkan johan qari dan qariah. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Muhammad Hafis Mohamad Foizi dari daerah Hulu Langat dan Nor Faizah Panut dari daerah Klang diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1437H/2016 hari ini.

Mereka masing-masing memperolehi markah 94.67 peratus serta 87.33 peratus dan kedua-dua johan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan, sepersalinan pakaian, sijil dan pakej ibadat umrah.

Hadiah disampaikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Sementara itu Khairul Zaki Razaki dari daerah Hulu Selangor dan Nor Ruzana Natiah Jaafar dari daerah Hulu Langat diumumkan naib johan manakala di tempat ketiga ialah Mohamad Nor Yusoff dari daerah Klang serta Fidatul Akhmar Gosnon dari daerah Sabak Bernam.

Majlis tilawah berkenaan diadakan bermula Selasa lalu bertemakan 'Umat Bermuafakat Negeri Berkat' berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 11:21 PM