Montgomery (Texas) : Seorang budak berusia 11 tahun, Taylor Crozier membuat pukulan ‘hole in one’ di sebuah lapangan golf baru dibuka yang direka bentuk bersama oleh Tiger Woods.

Pukulan itu memeranjatkan Woods yang turut berada di lapangan itu menyaksikan pemain terbabit membuat pukulan pertamanya di petak tee.

Crozier, pemain remaja PGA Selatan Texas tampil kali pertama di The Playgrounds Bluejack National - membuat pukulan tee dengan jarak 81-ela par 3 membuatkan penonton dan Woods melonjak kegembiraan.

Woods mengirimkan video itu ke YouTube menerusi laman Twitternya.

Dia berlari kepada ke arah budak itu, terus memeluknya sambil tersenyum dan ketawa sebelum berteriak kepada penonton: "Pukulan sulung dan dia melakukannya dengan sekali pukulan!"

Woods berehat daripada aksi Jelajah PGA kerana masih proses pulih daripada kecederaan belakang badannya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 5:49 PM