IKLAN rentang mengenai perkhidmatan SME kepada OKU pendengaran.
IKLAN rentang mengenai perkhidmatan SME kepada OKU pendengaran.
myMetro

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan platform perkhidmatan pelanggan baru iaitu OKU Pendengaran SME khusus membantu dan memberi kemudahan kepada golongan kurang bernasib baik.

Pengarah Pemasaran Korporat SME, Elaine Soh berkata, perkhidmatan baru itu berperanan sebagai pusat perhubungan video yang menyediakan kakitangan terlatih bagi menjawab pertanyaan berkaitan produk Samsung menerusi bahasa isyarat.

“Pendekatan ini sama seperti kemudahan di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Careline lain dan kakitangan pusat terbabit akan membantu pelanggan menerusi pertanyaan di telefon.

“Pelanggan perlu memuat turun aplikasi Skype pada peranti pintar mereka dan menambah akaun OKU Pendengaran SME sebelum menggunakan kemudahan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, menerusi khidmat sokongan itu, pihaknya mampu mendekati pelanggan daripada segenap sudut termasuk OKU pendengaran menerusi pertanyaan produk Samsung.

Katanya, perkhidmatan berkenaan kini dibuka pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 6:54 AM