DIBERI nafas segar ikut cita rasa tempatan, perincian manik dan sulaman.
DIBERI nafas segar ikut cita rasa tempatan, perincian manik dan sulaman.
PENGASAS Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya.
PENGASAS Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya.
PENGASAS Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya bersama empat rekaannya.
PENGASAS Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya bersama empat rekaannya.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Seiring kedatangan 2016, jenama Bianco Mimosa kini tampil dengan koleksi sulung berkonsep busana pengantin menerusi pelancaran Bianco Mimosa Bridal Couture 2016 kreativiti daripada pengasasnya, Datuk Ida Suraya Mustapha.

Bertemakan ilham fantasi, Ida yang juga pereka busana menjelaskan, inspirasi rekaan busana Bianco diperolehnya ketika bercuti ke negara yang dilawatinya. Umpama satu rangkuman eksperimentasi antara keindahan bumi Cappadocia, Turki sehinggalah kepada pesona menara Eifel yang menjadi ikon di bumi Perancis, semuanya menjadi inspirasi dan ilhamnya dalam menghasilkan rekaan.

Menghimpunkan 25 rekaan busana terdiri daripada empat busana pengantin lelaki dan 21 busana pengantin wanita, koleksi ini diterjemahkan dalam tatagaya adibusana couture dan demi couture.

Dari segi warna, pemilihan setiap busana mengikut ramalan perkembangan trend di luar negara serta diberi nafas segar mengikut cita rasa tempatan sama ada menerusi penghasilan busana mahupun perincian manik dan sulaman.

Kebanyakkan fabrik seperti sifon, sutera, dutchess, organza dan satin sutera dipilih demi menjaga kualiti dan keselesaan pelanggan. Teknik yang digunakan pula seperti ‘pleating’, sulaman tangan dan mesin serta teknik manipulasi fabrik yang memberi impak seni bagi setiap rekaan.

Bianco Mimosa juga memberi peluang kepada pelajar jurusan fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan dalam usaha menggalakkan lebih ramai anak muda meraih peluang untuk menceburi dunia fesyen bertaraf antarabangsa dan mengasah bakat serta kreativiti yang mereka miliki.

Dalam pada itu, Bianco Mimosa mengadakan peraduan sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016. Peraduan ini menyediakan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama sepasang busana eksklusif bernilai RM5,000.

Antara hadiah lain termasuk telefon pintar iPhone 6, Samsung Note 5 serta 20 baucar eksklusif Bianco Mimosa bernilai RM200 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah menarik ini, pembaca hanya perlu mengikuti laman sosial Bianco Mimosa di Instagram di Mybiancomimosa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 9:40 AM