UNTUK rasa enak, sapukan mentega cair pada bahagian atas ban selepas ia dikeluarkan dari ketuhar. Enak dimakan ketika sarapan atau minum petang.
UNTUK rasa enak, sapukan mentega cair pada bahagian atas ban selepas ia dikeluarkan dari ketuhar. Enak dimakan ketika sarapan atau minum petang.
LANGKAH 1.
LANGKAH 1.
LANGKAH 2.
LANGKAH 2.
LANGKAH 3.
LANGKAH 3.
LANGKAH 4.
LANGKAH 4.
LANGKAH 5.
LANGKAH 5.
LANGKAH 6.
LANGKAH 6.
LANGKAH 7.
LANGKAH 7.
LANGKAH 8.
LANGKAH 8.
LANGKAH 9.
LANGKAH 9.
LANGKAH 10.
LANGKAH 10.
LANGKAH 11.
LANGKAH 11.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Roti bulat kecil (ban) yang manis boleh disediakan dengan pelbagai bentuk dan inti berbeza menggunakan resipi asas.

Jika inginkan kelainan, cuba nikmati keenakan ban kayu manis yang boleh dihasilkan sendiri dan sangat mudah disiapkan.

BAHAN A

-3 1/2 cawan tepung gandum atau tepung roti

-1/4 cawan gula halus

-2 sudu kecil yis segera

-1 biji telur

-1/4 cawan mentega atau marjerin

-1/2 sudu kecil garam

-1 cawan susu segar (suhu bilik)

-1/4 cawan air

-Sedikit garam

BAHAN B

-1/2 cawan kismis

-1 atau 2 sudu besar serbuk kayu manis

-1 cawan gula perang

-1/2 cawan mentega (dicairkan dan dibiarkan pada suhu bilik)

CARA-CARANYA

-Langkah1 dan 2. Sediakan bahan A dan B.

-Langkah 3. Masukkan tepung dan mentega dalam bekas adunan, kemudian gaul sebati hingga berubah menjadi tekstur serbuk roti serta tidak berketul.

-Langkah 4. Tuang gula dan yis segera, pukul rata. Kemudian masukkan garam, telur dan susu segar ke dalam adunan, kacau hingga sebati. Susu segar perlu berada pada suhu bilik dan bukan sejuk bagi mengelakkan adunan bantat.

-Langkah 5. Selepas adunan benar-benar rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli.

-Langkah 6. Adunan yang siap diuli dibiarkan seketika dan perlu ditutup rapat menggunakan kain lembap.

-Langkah 7. Keluarkan udara dalam doh dengan cara menumbuk. Kemudian, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit.

-Langkah 8. Selepas dicanai, sapu rata mentega yang dicairkan pada keseluruhan permukaan doh.

-Langkah 9. Tabur serbuk kayu manis dan susun kismis pada doh.

-Langkah 10. Gulung doh perlahan-lahan, kemudian potong gulungan doh mengikut ketebalan diinginkan.

-Langkah 11. Akhir sekali, susun ke dalam loyang pembakar dan biarkan selama 45 minit. Sapu kuning telur pada bahagian atas ban kemudian bakar ban selama 25 minit pada suhu 180 darjah Celcius (Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dulu pada suhu serupa).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:05 AM