LG G5
LG G5
Oleh Afiq Hanif

LG mengumumkan telefon pintar utama mereka model G5 dengan keupayaan bateri boleh cabut yang membezakan produk mereka dengan pesaing lain.

Bateri berkapasiti 2800mAh terbabit boleh ditanggalkan itu bukan satu-satunya ciri baru LG tetapi ia turut menawarkan kekuatan cip pemproses SnapĀ­dragon 820 bersama RAM 4GB di samping butang Home unik yang ditempatkan di belakang telefon berbanding depan pada telefon konvensional lain.

INFO

LG G5

- Harga: Tidak diperoleh

- Skrin: 5.3 inci 1400 x 2560 piksel

- Tebal: 7.7mm

- Berat: 159g

- Kamera: 16MP, 8MP (depan)

- RAM: 4GB

- Storan: 32GB, slot kad mikroSD

- OS: Android 6.0 Marshmallow

- CPU: Qualcomm Snapdragon 820

- USB: Type C

- Bateri: 2800mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 10:59 AM