FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters
FOTO Reuters

Rancho Mirage (California): Presiden Barack Obama dan pemimpin ASEAN bersepakat bahawa tuntutan terhadap wilayah bertindih perlu diselesaikan dengan aman.

Obama memberitahu bahawa semua tuntutan perlu diselesaikan menerusi proses undang-undang.

Katanya, ini termasuk kes yang dibawa oleh Filipina Philippines terhadap China berkaitan tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

Filipina membawa kes berkenaan pada 2013 selepas Beijing enggan membawa keluar kapalnya.

Walaupun China tidak hadir, tribunal timbangtara yang beribu pejabat The Hague bersetuju untuk mendengar kes berkenaan.

“Setiap perselisihan tuntutan perlukan dilakukan secara aman menggunakan saluran undang-undang,” kata Obama pada hari akhir Sidang Kemuncak US-ASEAN, di sini, awal hari ini.

Pada sesi akhir hari pertama, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pempimin ASEAN mengulangi pendirian mahukan satu penyelesaian damai terhadap tuntutan wilayah bertindih ke atas Laut China Selatan.

Najib berkata, isu itu mestilah diselesaikan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

“Semua pihak perlu mengekang diri, elakkan ketegangan meningkat di wilayah yang dipertikai,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia.

Katanya, semua pihak hendaklah mengelak daripada memberi ancaman dan menghormati Deklarasi mengenai Tata Laku (DoC) pihak-pihak di Laut China Selatan yang ditandatangani oleh ASEAN dan China pada 2002, yang membuka jalan bagi ASEAN dan China merangka Kod Tata Laku (CoC) sebagai garis panduan untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan di kawasan itu.

Tuntutan bertindih itu membabitkan empat negara ASEAN - Brunei, Filipina, Malaysia dan Vietnam, selain China dan Taiwan.

Najib berkata, beliau menonjolkan perkara itu semasa perbincangan antara 10 pemimpin ASEAN dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Katanya, semua pemimpin ASEAN berkongsi sentimen yang sama.

Beliau berkata adalah penting mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di samping kebebasan pelayaran dan penerbangan di ruang angkasa kawasan berkenaan.

“Penyelesaian itu tidak ditujukan kepada China saja. Kita perlukan peranan China secara positif dan produktif oleh kerana sebarang pertumbuhan ekonomi yang lembab di China akan memberi impak kepada ekonomi global,” kata beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 8:18 AM