Rudy Syareme Sheriffudin


Nibong Tebal: Persiapan majlis pernikahan dan persandingan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal berlangsung Isnin dan Selasa ini sudah 80 peratus siap.

Ibu Syatilla Robiah Abd Rahman berkata, segala persiapan termasuk khemah, pelamin, hadiah dan lain-lain sudah siap sepenuhnya termasuk jemputan tetamu.

Beliau berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur apabila segala urusan berjalan lancar dengan bantuan semua pihak termasuk sanak saudara yang hadir untuk persiapan malam berinai, akad nikah dan persandingan.

Katanya, lebih 4,000 tetamu dan jemputan yang dijangka hadir di Majlis Persandingan di Bukit Jawi Golf Resort pada Selasa.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana segala urusan berjalan mengikut jadual," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Majlis berinai pada Ahad dan akad nikah pada Isnin akan diadakan di kediaman keluarga di Bukit Jawi Golf Villas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 12:16 AM
AHLI keluarga Syatilla sibuk menyiapkan hadiah cenderahati untuk diberikan kepada tetamu. FOTO Ramdzan Masiam
AHLI keluarga Syatilla sibuk menyiapkan hadiah cenderahati untuk diberikan kepada tetamu. FOTO Ramdzan Masiam