Annuar Ketua Penerangan UMNO yang baharu. FOTO Abdullah Yusof
Annuar Ketua Penerangan UMNO yang baharu. FOTO Abdullah Yusof
Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru menggantikan Datuk Ahmad Maslan.

Pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, di sini, petang tadi.

Annuar ketika ditemui mengakui terkejut dengan pelantikan itu kerana tidak mendapat sebarang maklumat lebih awal.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan atas kepercayaan yang diberikan.

"Tugas yang diberikan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan saya mengharapkan sokongan penuh daripada semua pihak terutama jentera parti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 6:29 PM