POLIS memeriksa mayat lelaki yang ditemui tanpa pengenalan diri. FOTO Adnan Ibrahim
POLIS memeriksa mayat lelaki yang ditemui tanpa pengenalan diri. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim

Kluang: Mayat lelaki berusia 40-an tahun tanpa dokumen pengenalan ditemui di kebun getah di tepi jalan menghala ke Pekan Niyor di sini, 1.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mayat lelaki berkenaan dalam keadaan terlentang dihurung semut manakala terdapat kesan kecederaan pada tangan kanannya.

“Pemeriksaan lanjut pada badan lelaki berkenaan mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHKK) Kluang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

"Justeru itu, polis memohon orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh dua tiga hari ini tampil untuk membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 5:53 PM