Oleh Sudirman Mohd Tahir


Mungkin masih ramai belum mengenali pemilik nama Tya Arifin, 22, ini. Malah, tidak dinafikan nama Tya masih asing dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.

Namun, apabila menyebut menantu kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, pasti ramai mengetahuinya.

Pelakon dan penyanyi kelahiran Palembang, Indonesia ini berkahwin dengan anak ketiga Datuk K, Asyraf Khalid pada 1 November tahun lalu.

Bagaimanapun, Tya tidak menjadikan pengaruh dimiliki Siti sebagai laluan mudah untuk dia bergiat aktif dalam bidang lakonan di sini.

“Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada keluarga yang dikenali ramai. Apatah lagi Siti adalah penyanyi popular manakala ibu saudara sebelah suami pula penerbit drama dan filem.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 7:11 AM