MUSTAPA ketika membentangkan usul TPPA di Dewan Rakyat, semalam. FOTO Asyraf Hamzah
MUSTAPA ketika membentangkan usul TPPA di Dewan Rakyat, semalam. FOTO Asyraf Hamzah
Hairulazim Mahmud dan Meor Riduwan Meor Ahmad dan Sri Ayu Kartika Amri dan Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diluluskan menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat, hari ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membacakan keputusan pengundian itu berkata, sebanyak 127 undi menyokong usul berkenaan sementara 84 undi tidak bersetuju.

Undian terbabit diadakan selepas hampir semua Ahli Parlimen bangkit tanda mahukan kaedah pengundian belah bahagian dilakukan sebelum loceng dibunyikan selama dua minit sebagai tanda sesi itu bermula.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membentangkan usul berkaitan penyertaan Malaysia dalam pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, semalam.

Seramai 24 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang membahaskan usul berkenaan dengan masing-masing mengemukakan hujah sama ada membantah atau menambah baik terma-terma untuk negara ini dalam perjanjian diterajui Amerika Syarikat.

Enam menteri menggulung perbahasan itu termasuk Mustapa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 8:03 PM