KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Lori membawa muatan tanah hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan enam kenderaan lain di Kilometer 5.8 Jalan Seremban-Port Dickson, berhampiran Dataran Segar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, dalam kejadian 8.15 pagi itu, lori yang dalam perjalanan dari arah Lukut ke Port Dickson terbabas dan merempuh kereta Proton Waja.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan Proton Waja itu bergerak ke hadapan dan berlaku perlanggaran membabitkan lima kenderaan lain termasuk kereta peronda polis.

"Pemandu lori berusia 27 tahun patah kaki kiri kerana tersepit di tempat duduk manakala pemandu dan penumpang kereta yang terbabit kemalangan tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 5:39 PM