FOTO Reuters
FOTO Reuters
Oleh Ahmad Saufi Mansor


Langkawi: Serpihan didakwa milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang ditemui penduduk di Nakhongsithamarat, Selatan Thailand belum dapat disahkan.

Menteri Pemgangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, belum ada sebarang kepastian mengenai serpihan itu mempunyai kaitan dengan pesawatMH370.

"Orang ramai tidak perlu menyebarkan khabar angin mengenainya (serpihan) bagi mengelak memberi tekanan terutama kepada keluarga dan waris penumpang yang hilang.

"Setakat ini tiada sebarang maklumat rasmi sama ada ia ada kaitan dengan MH370," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou, China ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mendapatkan maklumat dan butiran daripada pihak berkaitan di negara terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 1:20 PM