Oleh Nor Akmar Samudin


Pertemuan dengan pelakon dan penyanyi Arja Lee, 33, merungkai rasa terkilan di hatinya kerana sudah lapan bulan dia tidak mendapat tawaran berlakon drama.

Membuak kerinduannya untuk ke lokasi penggambaran, namun entah di mana salah dan silapnya, setiap kali ada penerbit mencadangkan namanya di stesen TV terbabit, tanpa sebarang alasan namanya digugurkan dan digantikan dengan pelakon lain.

“Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Kali terakhir saya berlakon dalam drama bersiri ialah Plan Cinta Tak Jadi. Janganlah ada sesiapa yang mengganggu periuk nasi saya kerana saya berada dalam bidang ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa,” katanya kepada RAP.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata, dia dimaklumkan ada pihak yang berniat jahat terhadapnya, namun dia tidak mahu menuduh sesiapa kerana dalam bidang ini dia tidak rapat dengan mana-mana selebriti.

“Hubungan yang terjalin hanya atas dasar kerja, jadi tiada sebab untuk saya bermusuh dengan mereka. Saya bekerja keras untuk berada pada kedudukan sekarang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:24 AM