PEGAWAI dan anggota polis bergotong-royong membersihkan longkang di IPK Johor. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PEGAWAI dan anggota polis bergotong-royong membersihkan longkang di IPK Johor. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menggerakkan kira-kira 300 pegawai dan anggotanya menyertai aktiviti gotong-royong di IPK Johor, pagi tadi.

Program tiga jam bermula 7.30 pagi itu bertujuan untuk membersihkan lokasi berkenaan susulan tiga kes denggi dilaporkan membabitkan anggotanya sejak dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Aishah Mohammad berkata, program yang dibahagikan mengikut enam zon itu bagi memastikan persekitaran IPK bebas aedes.

Katanya, meskipun dua kes membabitkan anggota yang tinggal di luar kuaters IPK terbabit, namun isu kebersihan tetap menjadi keutamaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK),Superintendan Abdul Samad Salleh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 11:04 AM