PENANG 21 JANUARY 2016. Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi Lau Teck Siang, 26, (tengah) atas tuduhan menawarkan suapan RM10,000 kepada seorang pegawai polis, November tahun lalu dibawa untuk didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini. NSTP/DANIAL SAAD

Shamsul Munir Safini

Butterworth: Lelaki, 26,mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini tadi atas pertuduhan menawar suapan RM10,000 kepada anggota polis pada November tahun lalu.

Tertuduh, Lau Teck Siang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack sebelum minta dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Lau didakwa menawarkan suapan rasuah berjumlah RM10,000 kepada anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Rizuan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana memiliki 3.1 gram dadah dipercayai syabu pada 12 November lalu di Balai Polos Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Mohamad Nazri memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 terhadap tertuduh.

Peguambela Lau, Tan Guan Cheng kemudian memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin memandangkan Lau hanya bekerja sebagai buruh kasar dan perlu menjaga ibunya.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM10,000 dan 24 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 2:17 PM