PASAR Tani Seksyen 13 jadi tumpuan berikutan harga lebih murah.
PASAR Tani Seksyen 13 jadi tumpuan berikutan harga lebih murah.
Oleh Icka S Hassan


Shah Alam: Termenung setiap kali tanya harga. Itu dilema sebahagian besar pengguna yang mencari bahan basah untuk dimasak berikutan harga yang semakin meningkat di bandar raya ini sejak kebelakangan ini.

Pengunjung, Salina Mohd Idris, 50, berkata, jika dulu dia mempunyai pilihan bertukar hidangan ikan atau ayam untuk keluarga, namun kini dia lebih cenderung membeli ayam kerana harganya yang masih dianggap murah.

Beliau berkata, jika sebelum ini, dia boleh membeli pelbagai ikan, namun kini harganya dilihat semakin mahal dan tidak berbaloi.

“Kami sekeluarga lebih makan ayam sekarang memandangkan harga ikan semakin mahal tambahan pula dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan bekalan berkurangan.

“Hanya sekali-sekala saja bertukar selera untuk membeli ikan. Itu pun tidak selalu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 6:25 AM