Abd Rahman Adam

Betong: Lelaki maut selepas terhidu gas beracun ketika melakukan kerja pengimpalan dalam sebuah kapal korek pasir di Batang Muara Saribas, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Su Wei Shang, 31, maut di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong James Wheelan Ngang berkata, kejadian disedari tiga rakan sekerja mangsa sebelum menghubungi talian kecemasan.

Katanya, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian namun sebaik tiba mendapati lelaki itu sudah tidak sedarkan diri.

"Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi rakan sekerja mangsa cedera sebelum dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

"Keterangan rakan sekerja mangsa sudah diambil dan kes diserahkan kepada polis bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 2:24 PM