Idris maklumkan UA mempunyai dana mencukupi untuk membantu mahasiswa. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Idris maklumkan UA mempunyai dana mencukupi untuk membantu mahasiswa. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Putrajaya: Institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini sentiasa prihatin dan komited dalam membantu meringankan beban kewangan mahupun kebajikan mahasiswa.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya sudah bertemu dan berbincang dengan beberapa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Universiti Awam (UA) berhubung isu pelajar kebuluran di kampus.

"Banyak isu dibincangkan termasuk usaha kebajikan di peringkat UA, masalah pelajar dan sebab mengapa mereka boleh lapar sehingga ke tahap dilaporkan, kaedah mengesan pelajar yang memerlukan bantuan serta peranan UA menyediakan pekerjaan dalam kampus.

"Selain itu, kita juga maklum bahawa jumlah keseluruhan bantuan untuk kebajikan dan perlindungan pelajar sepanjang 2015 adalah RM15,279,291.84.

"Dengan jumlah tabung berkenaan, UA mempunyai dana mencukupi untuk membantu mahasiswa," katanya.

Justeru katanya, badan bukan kerajaan yang mengeluarkan hasil kajian tidak sah sebelum ini diminta bertanggungjawab serta bersemuka dengan pihak KPT.

"Kita mahu lihat apa kaedah kajian yang dibuat hingga memperoleh angka sedemikian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:32 PM