NIK Ahmad Sabri Mohamad Yusof, 37, menunjukkan berita mengenai bayi perempuan yang dipercayai tertukar dengan pasangan lain di sebuah pusat perubatan swasta di Jitra. FOTO Zuliaty Zulkiffli
NIK Ahmad Sabri Mohamad Yusof, 37, menunjukkan berita mengenai bayi perempuan yang dipercayai tertukar dengan pasangan lain di sebuah pusat perubatan swasta di Jitra. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Bapa kepada bayi perempuan yang tertukar di pusat perubatan swasta di Bandar Darulaman, di sini, meminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi tempoh sebulan untuk mendaftar nama anaknya.

Guru agama, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, berkata, setakat ini sampel darah anak dan isterinya, Mahani Zakaria, 36, sudah diambil, 9 pagi semalam sebelum dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang untuk tindakan.

Katanya, doktor memaklumkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)itu hanya akan diketahui selewat-lewatnya 10 hari daripada sekarang.

"Saya berharap proses ujian DNA yang dilakukan itu mampu menyelesaikan masalah tertukar anak yang dialaminya.

"Pada masa sama, saya meminta JPN memberi kelonggaran dalam tempoh sebulan kepada kami serta satu pasangan lagi bagi memohon mendaftar sijil kelahiran anak masing-masing," katanya.

Berita berkaitan

Bayiku bayi orang lain [METROTV]: http://hmtro.com/1OOzupv

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 3:02 PM