MEMINDAHKAN pokok meranti ke kawasan yang ditetapkan.
MEMINDAHKAN pokok meranti ke kawasan yang ditetapkan.
PELAJAR dari luar negara memindahkan pokok meranti untuk ditanam.
PELAJAR dari luar negara memindahkan pokok meranti untuk ditanam.
BERTUNGKUS-lumus melaksanakan tugasan diberikan.
BERTUNGKUS-lumus melaksanakan tugasan diberikan.
BERGAMBAR kenangan selepas program berakhir.
BERGAMBAR kenangan selepas program berakhir.
Oleh Mohd Rafi Mamat


Seramai 80 penuntut Kolej Komuniti Jerantut dan Universiti Lim Kok Wing Kampus Cyberjaya menyertai program menanam 3,500 pokok di kawasan Hutan Tekai, Tembeling, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan kerjasama Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) dan Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut itu diadakan selama tiga hari.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah Jerantut Zainal Maskon berkata, program itu menguji kecergasan peserta apabila terpaksa berjalan sambil mendaki bukit di jalan balak.

Menurutnya, peserta juga perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 30 minit untuk sampai ke kawasan projek menanam di kawasan hutan yang sebelum ini terbabit dengan aktiviti pembalakan.

Turut menyertai aktiviti menanam pokok balak itu seramai 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana dan SMK Hajah Afzan, Jerantut.

“Peserta diberi peluang menanam beberapa spesies pokok balak seperti meranti dan merawan siput jantan yang sesuai tumbuh dan membesar di kawasan berbukit.

“Mereka hanya terbabit dengan aktiviti memindah benih pokok dan menanam kerana kakitangan JPNP terlebih dahulu menyediakan lubang di kawasan petak tanaman,” katanya.

Zainal berkata, kesungguhan pelajar menanam pokok jelas dapat dilihat walaupun berhadapan pelbagai cabaran yang tidak pernah mereka tempuhi sebelum ini.

Katanya, minat beberapa pelajar asing menanam pokok terbukti apabila mereka sanggup mendaki bukit sambil membawa benih pokok untuk menjayakan program yang kali pertama disertai.

“Saya tak menyangka pelajar asing sanggup berjalan kaki hampir satu kilometer sambil mendaki bukit untuk menanam pokok. Mereka begitu bersemangat walaupun bermandi peluh.

“Kerjasama pelajar tempatan dan asing berjaya menghijaukan kawasan hutan termasuk lorong penarik dan matau,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 9:19 AM