NUR Batrisyia yang menghidap penyakit ketumbuhan di rahang dikunjungi wakil pemimpin tempatan yang membantu meringankan deritanya.
NUR Batrisyia yang menghidap penyakit ketumbuhan di rahang dikunjungi wakil pemimpin tempatan yang membantu meringankan deritanya.
Oleh Safuri Kamarudin


Baling: Seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami bengkak rahang terpaksa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya, Selangor menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan segera selepas keadaan penyakitnya semakin serius, semalam.

Pemergian Nur Batrisyia Jasmin Muhammad Danies, 6, dari Kampung Seri Aman, Kupang, di sini, dengan ambulans disediakan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Baling turut ditemani ibunya, Nur Azila Abd Wahab, 42, dan bapanya, Muhammad Danies Jamaludin, 42.

Nur Azila berkata, dia amat terharu dengan keprihatinan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim apabila bertindak segera mendapatkan ambulans bagi membantu anaknya.

Menurutnya, pada masa sama dia bersyukur kepada Allah SWT dengan bantuan diterima, sekali gus berharap anak pulih daripada penyakit dideritai selama enam tahun dan boleh memulakan persekolahan di Tahun Satu pada tahun hadapan.

“Saya mengharapkan pihak hospital dapat memberi rawatan atau pembedahan dengan kadar segera bagi membolehkan Nur Batrisyia menjalani kehidupan biasa dan memulakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 3:18 AM