KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bintulu: Lima sekeluarga maut, manakala enam cedera termasuk bayi perempuan berusia lima bulan dalam kemalangan membabitkan Toyota Hilux dan Nissan Sentra di Kilometer 127, Jalan Sibu- Bintulu di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pemandu dan penumpang Nissan Sentra seramai lima orang meninggal dunia, manakala bayi perempuan berusia lima bulan cedera dihantar ke Klinik Selangau.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Deputi Superintendan Alexon Naga Chabu mengesahkan lima yang maut iaitu Jawan Jungan, 40; Mandah Medan; Robin Igat, 49; Melati Robin, 24 dan Marrianne Riyung Jawan, 5, manakala bayi perempuan yang cedera Lorraine Jawan.

Katanya, enam beranak iaitu pemandu Toyota Hilux tidak cedera, manakala lima yang lain cedera dihantar ke Klinik Selangau.

"Polis masih menyiasat punca kemalangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 9:35 PM