IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Abd Rahman Adam

Betong: Sebuah kuarters Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Betong, musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Patinggi Udin, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira 12 tengah malam itu disedari penghuni kuarters terbabit apabila terhidu bau asap sebelum membuat pemeriksaan mendapati api marak membakar dinding sebuah bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, James Whelan Ngang, berkata sebuah jentera bersama sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.36 tengah malam.

Katanya, api sudah merebak dan membakar keseluruhan kuarters yang berstrukturkan kayu dan papan itu ketika anggota tiba di lokasi.

“Tiada yang cedera dalam kejadian itu apabila masing-masing sempat menyelamatkan diri. Api dikawal kira-kira setengah jam kemudian. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta jumlah kerugian sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 1:01 PM