NASARUDIN di Karnival Coaching & Mentoring 2014.
NASARUDIN di Karnival Coaching & Mentoring 2014.

Kuala Lumpur: Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) mengunjurkan peningkatan lima peratus sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM6.46 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu menerusi perkembangan aktiviti usahawan teknologi tempatan.

Setakat ini, TPM berjaya membantu lebih 3,000 syarikat dan perusahaan yang membabitkan pelaburan melebihi RM1 bilion daripada segi penyediaan infrastruktur bertaraf dunia dan ekosistem.

Pengerusinya, Datuk Nasarudin Hashim berkata, setakat 2013, jumlah pendapatan yang dijana oleh pemain industri kecil dan sederhana (PKS) melalui bantuan TPM melebihi RM8.21 bilion dengan jumlah eksport hampir RM600 juta.

Beliau berkata, pendapatan dan jumlah eksport itu dijangka tumbuh secara signifikan pada tahun ini walaupun ekonomi semasa berada pada tahap mendatar tetapi masih memberi keupayaan kepada pertumbuhan perniagaan industri teknologi.

“Di TPM kita memberi tumpuan kepada sektor teknologi maklumat, bioteknologi, halal dan kejuruteraan yang mana kesemua cabang industri ini menunjukkan perkembangan positif terutama teknologi maklumat yang mana ada usahawannya mula menerokai pasaran asing.

Karnival Coaching & Mentoring 2014 adalah kali pertama diadakan TPM bagi membantu usahawan tempatan untuk mendedahkan mereka dalam aspek pembangunan serta penyelesaian komprehensif dalam perniagaan bermula pada 18 dan 19 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:13 AM