KETUA Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Datuk Seri Prof Abu Hassan Assari (kanan) memberi penerangan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Prof Yohana Susana Yembise (tengah). FOTO Rosela Ismail

Oleh Garret Dawum

Kuala Lumpur: Malaysia dan Indonesia akan mengadakan usaha sama dalam memulihkan dan mencegah keganasan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Profesor Datuk Sri Dr Abu Hassan Asaari berkata, kerjasama itu masih dalam proses perbincangan menerusi konsep Pusat khidmat Sepadu (OSCC).

"OSCC ini telah memulakan perkhidmatannya pada 1993 di HKL atas dasar kemanusiaan dan satu pusat yang mengambil kira kepentingan integriti keluarga.

"Pusat ini memastikan mangsa-mangsa diberi khidmat yang terbaik dan konsepnya fokus kepada mangsa," katanya ketika lawatan kerja Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Kanak-kanak Indonesia, Profesor Dr Yohana Susana Yembise ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, di sini, hari ini.

Menurut Abu Hassan, antara kes yang diselesaikan menerusi pusat berkenaan adalah penderaan wanita, kes rogol dan penderaan kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 3:15 PM