SUSPEK berusia 19 tahun ditangkap bersama sejumlah wang tunai kerana menjadi bookie Piala Dunia Qatar 2022 di Bau. FOTO Ihsan PDRM
SUSPEK berusia 19 tahun ditangkap bersama sejumlah wang tunai kerana menjadi bookie Piala Dunia Qatar 2022 di Bau. FOTO Ihsan PDRM
Norsyazwani Nasri

Bau: Gadis ditangkap di sini, semalam, kerana disyaki terbabit dalam kegiatan bookie bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditangkap dalam Op Saga Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di premis kedai serbaneka Singai Tondong, Jalan Bau/Batu Kawa, jam 4 petang.

"Polis merampas satu telefon bimbit berserta kad SIM, satu helai resit bertulis angka-angka Fifa World Cup 2022 Qatar, pencetak mudah alih berwarna hitam dan sejumlah wang tunai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak," tegasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 8:54 AM