NURUL Izzah. FOTO Arkib NSTP
NURUL Izzah. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 dan tidak menghadiri Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P044 Permatang Pauh malam ini.

Beliau berkongsi perkara itu di laman sosial Facebook (FB) hari ini dan memohon maaf tidak dapat bersama dalam majlis itu.

"Namun, majlis akan tetap berlangsung malam ini seperti yang dirancang. Insya-Allah, saya akan bertemu jentera yang membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya," katanya.

Beliau juga memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan menanti hari untuk selesai kuarantin bersama suami untuk keluar dari wad.

"Mohon doakan. Mudah-mudahan majlis kesyukuran malam ini berjalan dengan lancar," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), beliau tumpas kepada Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan apabila memenangi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR sejak 1982.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,272 selepas memperoleh 37,638 undi mengatasi Nurul Izzah yang meraih 32,366 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 5:39 PM