GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 turun lima sen daripada RM4.35 seliter kepada RM4.30 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 25 hingga 31 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa .

Menurut kenyataan itu, harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sesuai untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 6:16 PM