HISYAM (tengah) hadir sesi perbicaraan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
HISYAM (tengah) hadir sesi perbicaraan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Murni Wan Omar


Putrajaya: Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mengemukakan sebarang hujahan dalam rayuan akhir membabitkan dana kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau yang dilantik mengetuai barisan baharu pasukan pembelaan Najib hanya menyatakan tidak apabila ditanya panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dia berkata demikian selepas mahkamah menolak permohonannya untuk menarik diri daripada mewakili Najib di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.

Tengku Maimun: Anda mahu mengemukakan hujahan lanjut?

Hisyam: Tidak

Tengku Maimun: Anda boleh sahkan bahawa anda tidak ada apa-apa untuk dinyatakan berhubung 94 alasan dalam petisyen rayuan ini?

Hisyam: Saya tiada apa-apa untuk dinyatakan.

Tengku Maimun: Jadi kamu bergantung kepada hujahan daripada Mahkamah Rayuan mengenai penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi?

Hisyam: Ya.

Berikutan itu, Tengku Maimun meminta pendakwa raya untuk mengemukakan hujahan terlebih dahulu untuk memberikan peguam Najib lebih masa untuk bersedia dengan rayuannya.

Sementara itu dalam prosiding sebelah petang Hisyam memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan hujahan bertulis bagi pihak Najib.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 3:19 PM