TONGKANG pengangkut pasir terbalik di Sungai Batang Igan. FOTO ihsan Bomba
TONGKANG pengangkut pasir terbalik di Sungai Batang Igan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Roji Kawi


Sibu: Dua kru kapal hilang, manakala dua lagi selamat apabila tongkang pengangkut pasir, karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 45 kilometer dari Sibu itu, pada 6.05 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada Balai Polis Sungai Merah, Sibu, polis menerima panggilan daripada penduduk kampung berhubung kejadian itu pada 4.20 pagi.

"Pengadu memaklumkan sebuah tongkang pengangkut pasir bernama Yu Lee karam dan terbalik di Kampung Bungan Kecil.

"Dua kru tongkang itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung, namun dua lagi dipercayai terperangkap di dalam tongkang yang terbalik," katanya.

Menurutnya, dua kru lelaki yang berjaya diselamatkan berusia 50-an dan 40-an, manakala dua yang hilang berusia 20-an.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikerah ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 12:13 PM