Mohd Fadzil (lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian perwakilan yang terpilih pada Mesyuarat Agung Kawasan Zon 1 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.
Mohd Fadzil (lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian perwakilan yang terpilih pada Mesyuarat Agung Kawasan Zon 1 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.

Kuala Lumpur: Seramai 13 anggota perwakilan dipilih daripada 99 ahli Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad (KNSTP) yang hadir dalam Mesyuarat Agung Zon 1 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu yang dipengerusikan Pengerusi Koperasi NSTP, Mohd Fadzil Abdul Ghani turut dihadiri semua Ahli Lembaga koperasi berkenaan.

Selain Zon 1, seorang perwakilan bagi Zon 2 dan Zon 3 akan dipilih pada mesyuarat agung kawasan selepas ini.

Semua perwakilan yang terpilih layak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi NSTP yang akan diadakan pada Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 11:50 AM