NOOR Azmi (dua kiri) menunjukkan kamahiran memanah sempena gimik perasmian pertandingan memanah. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
NOOR Azmi (dua kiri) menunjukkan kamahiran memanah sempena gimik perasmian pertandingan memanah. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Kementerian Kerajaan Malaysia akan menyambung semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) percuma bergantung pada permintaan khas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, program PICKids yang berakhir 31 Mei lalu, boleh dipertimbangkan semula bagi kawasan terpencil atau yang tiada liputan komunikasi.

"Sebagai contoh di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak dimana ramai di antara mereka tinggal di kawasan yang langsung tiada liputan komunikasi dan ketika mereka keluar dari kawasan pedalaman untuk menyertai program PICKids, malangnya program itu telah tamat.

"Untuk 'special case' begini, jawatankuasa kampung boleh mengumpulkan maklumat kanak-kanak yang ingin divaksin dan seterusnya boleh memaklumkan atau berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi mendapatkan program tersebut.

"Seterusnya Pengarah JKN akan membuat keputusan dan akan memberi tarikh dan masa bagi program itu," katanya selepas merasmikan Pertandingan Memanah Tradisonal Terbuka ATTAC (Abu Thalhah Traditional Achery Club) di Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah di sini, hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan KKM akan mengadakan semula PICKids secara percuma untuk tempoh lima hari bermula 20 hingga 24 Jun ini sempena minggu Iminisasi Kebangsaan.

KKM membuka peluang itu selama lima hari untuk ibu bapa yang baharu membuat keputusan supaya melakukannya dengan segera.

"Kita tahu ada ibu bapa yang sebelum ini mengambil keputusan 'tunggu dan lihat,' jadi inilah peluang supaya mereka melakukannya selama lima hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 11:08 AM