Al-Iman Zakaria (dua dari kiri), CEO Datakraf menerima lantikan sebagai Managed Security Services Providers (MSSP) daripada Tim Windever (dua dari kanan), AT&T Cybersecurity APJ Business Manager.
Al-Iman Zakaria (dua dari kiri), CEO Datakraf menerima lantikan sebagai Managed Security Services Providers (MSSP) daripada Tim Windever (dua dari kanan), AT&T Cybersecurity APJ Business Manager.
Anis Syuhada Mohd Rosli

Kuala Lumpur: AT&T Cybersecurity yang juga salah satu cabang syarikat telekomunikasi multinasional Amerika Syarikat (AS) menjalinkan kerjasama dengan Datakraf Solution Sdn Bhd dalam sektor keselamatan siber untuk rantau ASEAN.

AT&T Cybersecurity yang juga salah satu Managed Security Services Providers (MSSP) terbesar di dunia dalam satu kenyataannya memaklumkan melantik Datakraf Solution sebagai rakan niaga serantau.

Katanya, Datakraf menerusi kerjasama AT&T Cybersecurity menawarkan penyelesaian keselamatan siber seperti AlienVault's Unified Security Management (USM), OpenXDR, SentinelOne dan Open Threat Exchange (OTX) yang dapat menguruskan operasi keselamatan siber dengan lebih efisien.

Jelasnya, keselamatan siber menjadi semakin penting untuk perniagaan hari ini terutama dengan trend semasa IoT, Big Data dan Cloud Solution.

Malah katanya, landskap ancaman siber menjadi semakin kompleks dan memerlukan sistem pertahanan yang lebih sistematik dan bersepadu.

Datakraf Solution, sebuah syarikat teknologi yang berwawasan tinggi kini mempunyai portfolio pelanggan yang kritikal seperti Petronas, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA).

Portfolio itu akan membawa keyakinan kepada prospek masa depan AT&T Cybersecurity di rantau ini

Sementara itu dalam kenyataan sama, Pengerusi Datakraf, Tunku Naqiuddin Almarhum Tuanku Ja'afar berkata, pihaknya percaya kerjasama AT&T Cybersecurity dengan Datakraf di Malaysia akan dapat menaiktaraf keupayaan untuk membantu pelanggan melindungi aset digital.

"Ia juga mampu mengesan ancaman siber, mengurangkan sebarang kesan perniagaan yang berpotensi untuk menghadapi ancaman siber seterusnya memacu kecekapan di dalam operasi keselamatan siber," tambahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 11:03 PM