HABIB JEWELS meraikan pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang pada majlis sambutan Aidilfitri di di kedai emas Habib Jewels di Ampang di sini, semalam.
HABIB JEWELS meraikan pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang pada majlis sambutan Aidilfitri di di kedai emas Habib Jewels di Ampang di sini, semalam.
Anis Syuhada Mohd Rosli


Ampang: Sambutan Hari Raya Aidilfitri dirai penuh meriah apabila Habib Jewels menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersama pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang semalam.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Habib Jewels, Mohd Zaruddin Mahmud berkata majlis itu diadakan bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran dan menghargai orang ramai terutamanya pelanggan tetap mereka.

"Selepas dua tahun berada di fasa pandemik, Habib Jewels berpeluang mengadakan program seperti ini namun prosedur operasi standard (SOP) baru ditetapkan kerajaan masih dipatuhi.

"Sebanyak 32 cawangan Habib Jewels turut mengadakan majlis sama termasuklah cawangan-cawangan kecil di dalam pusat beli-belah," katanya ketika ditemui di kedai emas Habib Jewels di Ampang di sini.

Majlis itu turut diserikan dengan majlis khatam al-Quran oleh pelajar Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang.

Pada majlis sama, Pengurus Besar Perhubungan Awam Kumpulan Habib, Yasheedah Yashaiya berkongsi maklumat berhubung program Pencarian Wanita anjuran Plaza Shah Alam bagi musim ketujuh.

"Tahun ini adalah tahun kelima Habib Jewel menjadi penaja. Ia diadakan untuk mencari wakil wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi. Selain itu, kami juga mencari calon yang mempunyai kredibiliti berkomunikasi," katanya.

Habib Jewels juga mengadakan promosi potongan sehingga RM 25 segram untuk barang kemas emas 916 dan potongan sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan baru permata terpilih.

Promosi potongan harga jam tangan Ice Watch Ice Steel berharga RM639 dengan sebarang pembelian bernilai RM10,000 ke atas juga ditawarkan sepanjang promosi ini berlangsung sehingga 22 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 11:00 PM