ANGGOTA bomba menjalankan kerja memindahkan mangsa banjir di Kampung Jawa Kerling. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menjalankan kerja memindahkan mangsa banjir di Kampung Jawa Kerling. FOTO ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Hulu Selangor: Sekurang-kurangnya 20 rumah membabitkan 120 mangsa di Kampung Jawa, Kampung Pasir dan Estet Kerling, Kuala Kubu Bharu di sini, terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.45 petang.

Menurutnya, sebuah jentera, pacuan empat roda dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama kekuatan tujuh pegawai serta anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi, terdapat tiga kawasan dinaiki air iaitu Kampung Jawa yang membabitkan 20 rumah dihuni 60 orang, Kampung Pasir (30 orang) dan Estet Kerling (30 orang).

"Pasukan membantu memindahkan tiga penghuni rumah termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terkandas akibat banjir ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bantuan bot dari BBP Rawang turut dihantar ke lokasi.

Katanya, ketika ini kedalaman air sedalam enam kaki dan usaha penyelamatan mangsa banjir sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 6:16 PM