GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter daripada RM3.94 kepada RM4.31 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 18 Mei.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menurut MOF, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2022 @ 6:44 PM