MAYAT mangsa lemas kedua ditemukan di Lata Hammer, Bentong, hari ini.
MAYAT mangsa lemas kedua ditemukan di Lata Hammer, Bentong, hari ini.
BERNAMA

Kuantan: Lelaki yang didakwa hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Bentong pada Ahad lalu, ditemukan lemas, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Batu Caves, Selangor dijumpai pada 10 pagi tadi.

"Mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan, di sini.

Haneef antara dua yang didakwa hilang semasa beriadah di kawasan itu bersama sekumpulan rakan.

Mayat seorang lagi mangsa, Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak berjaya ditemukan pada 8.16 malam pada hari kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2022 @ 5:30 PM