WANITA warga asing ditahan bersama pelanggan. FOTO ihsan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
WANITA warga asing ditahan bersama pelanggan. FOTO ihsan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
Mohd Amin Jalil


Seremban: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan lima wanita warga asing disyaki pelacur dan empat pelanggan rakyat tempatan dalam dalam Ops Gegar di sebuah premis di sini, semalam.

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, warga asing terbabit berusia antara 28 sehingga 41 tahun membabitkan rakyat Thailand.

"Sepasukan Pegawai Kanan Imigresen dengan kekuatan seramai 22 orang anggota telah membuat pemeriksaan terhadap bilik premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai lima warga asing disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran dan tinggal di negara ini tanpa pas yang sah.

"Turut ditahan empat rakyat tempatan yang mengaku sebagai pelanggan," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati premis itu menyediakan pakej bagi tempoh 30 minit sehingga 12 jam dengan kadar bayaran antara RM168 sehingga RM670.

Menurutnya, semua urusan tempahan dilakukan hanya melalui aplikasi Wechat, WhatsApp serta Telegram dan operasi dilakukan berdasarkan maklumat awam serta hasil risikan jabatan.

Katanya, pihaknya turut menjumpai kondom, cecair pelincir serta sejumlah wang dipercayai hasil daripada kegiatan pelacuran terbabit dan semua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng, untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 11:21 AM