GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 22 kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,371 kluster dalam negara setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 6,097 sudah tamat manakala 274 masih aktif.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini terus meningkat kepada 5,439 kes berbanding 4,744 kes semalam.

Beliau berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia sehingga kini mencecah 2,850,408 kes.

Menurutnya, daripada kes harian dilaporkan hari ini sebanyak 47 kes atau 0.9 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 5,392 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 124 kes yang mana 101 kes disahkan Covid-19 manakala 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

"Kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 70 kes yang mana 47 kes disahkan Covid-19 dan 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,409 kes sembuh direkodkan hari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,770,663.

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 6:47 PM