GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Dua individu termasuk seorang kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, hari ini.

Kedu-dua lelaki berusia 37 dan 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi, di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kedua-dua suspek difahamkan mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu bagi memasuki tender membekal dan menghantar bahan makanan kepada sebuah hospital daerah.

"Ia adalah membabitkan kontrak bernilai kira-kira RM1.2 juta bagi tempoh dua tahun pada 2017," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 5:50 PM