Kenderaan yang rosak disebabkan tanah mendap. FOTO ihsan JBPM
Kenderaan yang rosak disebabkan tanah mendap. FOTO ihsan JBPM
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap yang dilaporkan berlaku di Lestari Perdana, Seri Kembangan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.38 petang tadi sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, berlaku tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima kenderaan rosak.

"Pihak bomba sedang menjalankan pemantauan di lokasi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 8:53 PM