Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap dua mangsa pada Selasa lalu.

Tertuduh, Abdul Muhaimin Alias, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak dengan bersenjata sebilah parang terhadap seorang lelaki dan rakannya sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM5,000.

Perbuatan itu dilakukan di rumah kongsi Kampung Pauh Badang, di sini, pada 3 pagi 18 Januari lalu.

MUHAIMIN mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali
MUHAIMIN mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh mengaku salah dan memohon satu tarikh untuk fakta kes serta jatuh hukuman.

Mahkamah kemudian menetapkan Rabu ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 1:13 PM