Balqis Jazimah Zahari


Kampar: "Bila-bila saja wisel ditiupkan kita akan bersiap siaga dan pastikan orang kita sudah turun di bawah dan mereka faham peranan mereka," kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Ka Siong berkata, beliau setakat ini belum mendapat apa-apa maklumat ataupun mesyuarat tentang PRN Johor.

"Saya rasa bagi MCA berdepan dengan sama ada PRU15 atau PRN dimana-mana, kita tetap mengikut SOP yang sama. Tatacara kita adalah bersiap siaga kerana kita sudah masuk tahun keempat.

"Apabila sudah masuk tahun keempat bila-bila masa akan berlakunya PRU dan ataupun PRN," katanya.

KA SIONG (tengah) selepas selepas melancarkan Kutipan Dana. FOTO Sharul Hafiz Zam
KA SIONG (tengah) selepas selepas melancarkan Kutipan Dana. FOTO Sharul Hafiz Zam

Beliau berkata, justeru jentera MCA akan sentiasa bersiap siaga berhadapan pilihan raya berkenaan.

"Jadi tiada bezanya bulan depan atau tahun depan, kita tahu ia tidak akan menjangkau daripada pertengahan tahun depan.

"Kita tahu dan dapat agak untuk tempoh 18 bulan akan datang kita akan berdepan PRN atau PRU," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kutipan Dana MCA bagi pembinaan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Dewan Heritage dinKampus UTAR di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata, faktor yang penting adalah untuk mendampingi rakyat setiap masa.

"Mendampingi rakyat setiap masa, itu yang penting bukan tunggu masa pilihan raya baru kita turun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 2:47 PM